Kesediaan Guru-guru Perdagangan Di Wilayah Persekutuan dari Aspek Pengetahuan Kaedah Pengajaran dan Sikap Terhadap Pengajaran Subjek Pengajian Keusahawanan
2012; Muhammadiyah University of Jakarta; Linguagem: Indonésio
10.11113/jt.v37.552
ISSN2180-3722
AutoresNor Aishah Buang, Poh Moi Yap,
Tópico(s)Education and Critical Thinking Development
ResumoSubjek Pengajian Keusahawanan akan diajarkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia sebagai satu subjek elektif di bawah kumpulan Teknik dan Vokasional. Kandungan subjek ini tertumpu pada hal ehwal yang berkaitan dengan pendidikan keusahawanan. Kajian ini bertujuan meninjau kesediaan guru-guru Perdagangan yang akan mengajar subjek apabila ia dilaksanakan kelak dari aspek pengetahuan kaedah pengajaran yang sesuai dan sikap terhadap subjek Pengajian Keusahawanan ini. Seramai 80 orang guru-guru Perdagangan di Wilayah Persekutuan dipilih sebagai sampel. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan teknik soal selidik. Statistik deskriptif peratus, min dan sisihan piawai digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan kaedah pengajaran guru-guru Perdagangan berkaitan topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran subjek Pengajian Keusahawanan adalah terhad. Majoriti guru-guru Perdagangan memilih kaedah kerja kumpulan dan penerangan sebagai kaedah pengajaran yang paling sesuai dalam mengajar kebanyakan topik-topik tersebut berbanding dengan kaedah yang sepatutnya iaitu kaedah simulasi dan kerja lapangan. Sikap guru-guru terhadap subjek ini adalah sederhana posifif dan perlu dipertingkatkan lagi supaya lebih bersemangat untuk merangsangkan semangat, minat dan motivasi pelajar terhadap bidang keusahawanan. Implikasi kajian menunjukkan guru-guru Perdagangan perlu dilatih semula untuk mengajar subjek Pengajian Keusahawanan.
Referência(s)