Artigo Acesso aberto Revisado por pares

Analisis Al-mafcul Al-mutlaq Dalam Surah–surah Al-mufassal: Satu Kajian Kemukjizatan Linguistik Al-Quran

2014; Elsevier BV; Volume: 134; Linguagem: Indonésio

10.1016/j.sbspro.2014.04.250

ISSN

1877-0428

Autores

Bambang Muhamad Rafadi Yusoff, Saini Ag. Damit,

Tópico(s)

Arabic Language Education Studies

Resumo

Korpus kajian ini melibatkan dua dimensi iaitu dimensi agama dan dimensi linguistik. Dimensi agama dapat dijelaskan melalui penglibatan al-Quran yang mendasari kajian ini. Sementara dimensi linguistik dapat dikesan melalui pengaplikasian bahasa Arab yang merupakan medium al-Quran itu sendiri. Salah satu elemen tatabahasa bahasa Arab dalam gugusan “akusatif� (al-Mansubat) iaitu al-Mafcul al-Mutlaq (absolute accussive) dipilih sebagai wacana kajian bagi membuktikan bahawa kemukjizatan linguistik al-Quran bukan sahaja terletak pada keunggulan retorika dan seni sasteranya, namun ianya bermula daripada keunggulan pembentukan sistem sintaksis (al-Tarkib) dan morfologinya (al-sarf). Bagi menjelaskan fenomena ini, surah-surah al-Quran dari ketegori al-Mufassal iaitu bermula dari surah Qaf hingga surah al-Nas dianalisis secara induktif bagi mendapatkan data-data yang relevan dan signifikan untuk mengesan aspek-aspek kemukjizatan yang terkandung dalam pembentukan sintaksis dan pola morfologi elemen al-Mafcul al-Mutlaq. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik analisis dokumen dan kajian keperpustakaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesignifikanan di antara pengaplikasian elemen al-Mafcul al-Mutlaq dengan jenis-jenis ayat al-Quran yang terdiri daripada ayat-ayat al-Makkiyyah dan al-Madaniyyah, dan terdapat juga kesignifikanan penggunaan al-Mafcul al-Mutlaq dalam surah-surah al-Mufassal dalam al-Quran yang dapat membuktikan bahawa skop kemukjizatan linguistik al-Quran dapat diperhati dan diteliti dalam sistem-sistem yang lebih kecil seperti sistem fonologi, morfologi dan sintaksisnya yang mendasari pembentukan dan kewujudan unsur-unsur wacana dan primasastera al-Quran yang sememangnya menjadi icjaz yang mencabar kelemahan dan kekurangan setiap yang mencabarnya dalam alam linguistik.

Referência(s)