Artigo Revisado por pares

Medium Perantara Pelbagai Suku Kaum Di Sarawak: Kajian Lingua Franca

2012; National University of Malaysia; Volume: 12; Issue: 3 Linguagem: Indonésio

ISSN

2550-2131

Autores

Mohammed Azlan Mis,

Tópico(s)

Educational Methods and Technology

Resumo

Dalam membicarakan tajuk lingua franca , kita tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan kepelbagaian bahasa dalam satu masyarakat yang majmuk. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain (Samarin 1968). Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal.

Referência(s)