RECREATIONAL VALUES OF MANGROVE FOREST IN LARUT MATANG, PERAK
2009; Volume: 21; Issue: 2 Linguagem: Indonésio
ISSN
2521-9847
Autores Tópico(s)Urban Transport and Accessibility
ResumoAHMAD S. 2009. Nilai rekreasi untuk hutan paya bakau di Larut Matang, Perak. Hutan paya bakau di Larut Matang merupakan sebuah kawasan ekosistem yang produktif yang menghasilkan faedah kepada penduduk tempatan melalui hasil tangkapan ikan dan udang, ternakan kerang, kutipan hasil kayu bakau dan keluaran bukan kayu. Di kawasan hutan ini kegiatan rekreasi juga menjadi satu kegiatan yang penting. Namun untuk menganggar faedah daripada kegiatan rekreasi bukanlah satu langkah yang mudah dilakukan secara langsung kerana penglibatan dalam rekreasi tidak mempunyai harga pasaran. Kajian ini dijalankan untuk menganggar faedah rekreasi (nilai khidmat langsung) yang diperoleh daripada ekosistem hutan paya bakau di Larut Matang. Kaedah penilaian kontigensi digunakan untuk menemu bual 331 orang penggiat rekreasi tempatan bagi menganggar faedah rekreasi. Kesan ralat daripada penggunaan kaedah penilaian kontigensi dikurangkan dengan memberi penekanan dalam pemilihan sampel yang sesuai dan dalam pembentukan borang soal selidik. Purata kesediaan membayar bagi setiap penggiat rekreasi adalah sebanyak RM44.58 bagi setiap lawatan, manakala nilai yang dianggar ialah RM41.18 bagi setiap lawatan.
Referência(s)