Amalan rewang dalam masyarakat Jawa di Malaysia
2017; National University of Malaysia; Volume: 13; Issue: 3 Linguagem: Indonésio
10.17576/geo-2017-1303-06
ISSN2682-7727
AutoresZainorinyana Jamoran Yana, Vivien Wc Yew,
Tópico(s)Islamic Finance and Banking Studies
ResumoAbstrak Kajian ini dijalankan untuk mengetahui makna amalan rewang dalam masyarakat Jawa dan melihat unsur moden yang sedikit sebanyak telah mengubah cara perlaksanaan tradisi rewang ini. Selain itu, kajian ini juga melihat bagaimana pembahagian tugas dalam rewang serta mengetahui nilai rewang itu terhadap masyarakat Jawa. Kaedah kualitatif secara temubual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta digunakan untuk mendapat maklumat daripada lima orang Jawa yang terlibat dalam amalan rewang seperti tuan rumah, Ketua kampung, ketua masak dan penduduk kampung Lenga yang terlibat dalam aktiviti rewang. Analisis hasil kajian ini dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengenalpasti makna sebenar amalan rewang dalam masyarakat setempat seperti semangat melakukan kerja bergotong-royong, semangat kerjasama dan identiti masyarakat Jawa itu sendiri. Kemudian, penyerapan unsur moden dalam rewang mempengaruhi cara penyediaan makanan, masakan dan balai atau khemah khawin. Bahagian kedua analisis hasil kajian ini pula tertumpu kepada pembahagian tugas dalam warisan rewang. Tema yang dikaji termasuk aspek melancarkan aktiviti kenduri itu, membina solidariti dalam masyarakat dan menyatupadukan masyarakat yang saling bergantung antara satu sama lain. Di samping itu, antara nilai yang terdapat dalam amalan rewang ini adalah wujudnya nilai tidak mementingkan diri dalam masyarakat Jawa itu sendiri, hormat menghormati, saling muafakat dan wujud nilai perkongsian pengalaman dan emosi dalam masyarakat Jawa di Kampung Jawa, Lenga. Kata kunci : amalan, Jawa, masyarakat, nilai, rewang, Malaysia Abstract This study aims to determine the meaning of the rewang practices in the Javanese community. Some modern elements have changed the way the implementation of this rewang tradition. In addition, this study also looks at how the distribution of tasks in the rewang and the value of the rewang to the Javanese community. Qualitative method employing in-depth interviews and non-participant observations seek information from five Javanese people involved in the practice of rewang. They are the head of family as host, the village chief, chief cook and Lenga villagers engaged in the rewang. Analysis of the study results are divided into two parts. The first part identifies the true meaning of rewang practices in the local community such as the spirit of gotong royong, the spirit of cooperation and an identity of society itself. Then, the absorption of modern elements in rewang affects the means of food preparation, cooking and wedding hall or tent. The second part focuses on the division of tasks in rewang activity. Themes studied include the launch events for feast, building solidarity in society and community interdependence that binds each other. In addition, the values shown in the practice of the rewang is that they are not selfish in their society, mutual respect, solidarity and the sharing of experiences and inherent emotion in the Javanese community in Kampung Jawa, Lenga. Keywords: practice, Javanese, society, value, rewang, Malaysia https://doi.org/10.17576/geo-2017-1303-06
Referência(s)