KONSEP KESEJAHTERAAN KELUARGA MENURUT HADIS AL-SA‘ADAH
2018; Volume: 1; Issue: 2 Linguagem: Indonésio
ISSN
2600-8971
Autores Tópico(s)Linguistic, Cultural, and Literary Studies
ResumoAbstrak: Pengenalan: Pembinaan sebuah institusi kekeluargaan yang sejahtera merupakan satu aspek yang penting dalam Islam. Kefahaman berhubung perkara ini telah dijelaskan dalam banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Antara hadis yang menyentuh secara terperinci berhubung kesejahteraan dalam keluarga ialah hadis al-Sa‘Edah. Kegagalan memahami konsep asas dalam kesejahteraan keluarga ini boleh menimbulkan implikasi yang negatif seperti permusuhan, pergaduhan, kebencian dan seterusnya membawa kepada perceraian. Objektif: Justeru kajian ini akan membuat analisis kandungan terhadap penulisan-penulisan Islam yang menghuraikan hadis al-Sa‘Edah ini. Metodologi: Kajian bersifat kualitatif ini menggunakan metod induktif, deduktif serta komparatif. Dapatan: Hasilnya, kajian mendapati bahawa terdapat empat aspek utama yang menjadi penyumbang ke arah kesejahteraan iaitu wanita solehah, rumah yang lapang, tunggangan yang baik dan jiran yang baik. Selain itu, empat unsur kesengsaraan dalam keluarga iaitu wanita yang buruk akhlaknya, rumah yang sempit, tunggangan yang buruk dan jiran yang buruk. Kesimpulan: Walaupun kajian ini hanya mendatangkan sebahagian elemen kesejahteraan, ia sudah cukup membuktikan bahawa Islam adalah sebuah agama yang sangat syumul dengan aturan-aturan hidup lengkap dan sempurna. Kata Kunci- Kesejahteraan, Keluarga, Hadis al-Sa‘adah
Referência(s)