Artigo Acesso aberto

Penghasilan Filem Selulosa Terjana Semula: Suatu Ulasan

2022; Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia; Volume: 51; Issue: 5 Linguagem: Indonésio

10.17576/jsm-2022-5105-21

ISSN

2735-0118

Autores

Nur Fathihah Jafri, Kushairi Mohd Salleh, Sarani Zakaria, Nur Jannah Md Hassan,

Resumo

Filem selulosa terjana semula (FSTS) merupakan produk yang dijana semula daripada selulosa terlarut secara interaksi fizikal mahupun kimia. Sifat fizikal, mekanikal dan kimia FSTS bergantung kepada jenis pelarut yang digunakan terhadap selulosa, agen penggumpalan, teknik penuangan serta kaedah pengeringan. Pembentukan FSTS sangat bergantung kepada keterlarutan selulosa serta proses penjanaan semulanya. Oleh itu, mekanisma pembubaran di dalam pelarut terbitan dan tak-terbitan yang terpilih serta agen penggumpal seperti air, campuran air dan aseton, asid sulfurik, medium berasaskan sulfat seperti ammonium sulfat dan gabungan di antara dua kumpulan alkohol dan dua kumpulan ester akan ditekankan dalam ulasan kajian ini. Selain itu, kecenderungan aplikasi FSTS yang terhasil berdasarkan pelarut dan agen penggumpal yang berbeza juga diulas.

Referência(s)
Altmetric
PlumX