Artigo Acesso aberto

Aktiviti Antimalaria dan Skizontisida Sebatian Analog 4-aminokuinolina-pirano[2,3-c]pirazol terhadap Plasmodium knowlesi A1H1 dan Analisis Dok Molekul

2024; Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia; Volume: 53; Issue: 12 Linguagem: Indonésio

10.17576/jsm-2024-5312-14

ISSN

2735-0118

Autores

Subhash Kamal, Amatul Hamizah Ali, Ng Yee Ling, Mohd Asyraf Shamsudin, Siti Nur Hidayah Jamil, Hani Kartini Agustar, Nur Hasyareeda Hassan, Mohd Ridzuan Mohd Abd Razak, Yee Ling Lau, Jalifah Latip,

Tópico(s)

Diverse Scientific Research Studies

Resumo

Kemunculan jangkitan zoonosis Plasmodium knowlesi dan perkembangan kerintangan parasit terhadap ubat antimalaria sedia ada memacu penyelidikan dinamik bagi meneroka dan mencari agen antimalaria yang baharu. Penghibridan farmakoforik ialah suatu strategi gabungan dua sebatian yang berlainan farmakofor untuk mencegah kerintangan parasit terhadap ubat antimalaria sedia ada dan mengurangkan kesan sampingan ubat antimalaria. Lima terbitan kuinolina telah menunjukkan aktiviti antimalaria terhadap parasit malaria iaitu kesan analog 4-aminokuinolina-pirano[2,3-c]pirazol terhadap strain Plasmodium falciparum 3D7 dan K1. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai aktiviti antimalaria dan skizontisida analog 4-aminokuinolina-pirano[2,3-c]pirazol terhadap strain parasit zoonotik iaitu Plasmodium knowlesi A1H1 yang telah diadaptasi dalam darah manusia. Kesemua analog kuinolina telah diuji secara in vitro terhadap P. knowlesi A1H1 menggunakan plasmodium laktat dehidrogenase (pLDH) dan ujian pematangan skizon (SMA). Analisis dok molekul analog kuinolina turut dilakukan pada satu protein sasaran, Plasmodium sp. pengangkut rintang-klorokuina (PfCRT) yang bertujuan untuk memahami kemungkinan potensi protein ini sebagai sasaran antimalaria analog kuinolina tersebut. Hasil yang diperoleh menunjukkan bahawa analog 2 dan 5 (EC50 = 0.15-0.16 µM) mempunyai kesan antiplasmodium yang poten terhadap P. knowlesi. Tambahan lagi, analog 2 dan 5 mempunyai kesan skizontisida yang poten terhadap P. knowlesi berbanding sebatian analog yang lain. Suatu kajian menggunakan analisis dok in silico menunjukkan bahawa analog 2 dan 5 mempunyai konformasi pengikatan sempurna dalam tapak domain transmembran-1 PfCRT dengan masing-masing mempunyai nilai afiniti pengikatan -9.1 kcal/mol. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa analog 2 dan 5 menghalang pertumbuhan parasit zoonotik P. knowlesi dan menyasarkan protein parasit PfCRT sebagai sasaran molekul berpotensi.

Referência(s)
Altmetric
PlumX